Rabu, 21 Oktober 2015

Denda RM0.20 Masih Di Dalam Ingatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Selamat Malam Semua...

Jauh dah masa berlalu. Kejap jak. Tokpun dah delay mengoreng cerita dalam blog tok. Pa2pun, ada masa ada waktu sama-sama kita nyengok diblog tok, sik lamak kejap pun jadilah ow.


Okey, tanpa embuang masa, kita terus refresh minda kita pasal topik malam tok iaitu 'Denda RM0.20 Masih Dalam Ingatan'. Mesti kitak orang tauk nak sapa yang molah undang-undang ya? Sapa-sapa yang pernah bersekolah di SRK Tabuan Hilir, pasti dan pasti tauk sapa yang mewujudkan undang-undang iaitu Denda RM0.20 ya.

Sik lain dan sik bukan ialah, Cikgu Daniel Goh. Cikgu yang sempoi,senyum manis dan berkaca mata. Mungkin dgn cara ya, disiplin nembiak zaman 89-94an kita waktu ya lebih berkesan. Memang sik disangkal lagik, ternyata, memang berkesan.

Sapa-sapa yang bikin onar dalam kelas ketika Cikgu Goh mengajar, akan didenda. Bukan setakat bisin dalam kelas akan kenak denda, yang buang sampah merata-rata tempat, ngarey uras sonok asan,akan kenak denda juak. Yang best nya, denda ya akan beroperasi bila kelas Cikgu Goh ajak. Dalam kelasnya, denda yang dikenakkan ya boleh berkurangan kiranya nembiak kelas menunjukkan kerajinan ataupun jawap soalan dgn betul sepanjang tempoh kelasnya.

Tok nak madah ngan kitak orang apa tujuan Cikgu Goh molah kedakya, supaya nembiak berdisiplin, sentiasa fokus dalam pembelajaran. Disamping ya, duit yang terkumpul hasil denda ya, akan digunakan untuk Majlis Jamuan Akhir Tahun or pakey beli hadiah kepada sapa2 yang menang atau jawap kuiz secara spontan yang dipolah.

Apapun Denda RM0.20 still masih dalam ingatan. Maybe apa yang nok digoreng saya tok terlebih goreng ataupun terlebih ngenjen maafkan saya. Mungkin ada di pihak kitak orang yang tauk apa gik pasal Denda Rm0.20 tok time Cikgu Daniel Goh tok ngajar kita dolok.

Pa2pun mohon maaf mun ada silap padah dalam mengoreng topik tok ow... Mun ada dari kitak orang masih ingat agik tentang denda RM0.20 dari Cikgu Goh, boleh berkongsi kenangan disitok dengan memberik komen diblog tok ow...

Jasa bait kitak orang dalam memberi sokongan padu untuk blog tok,amatlah dihargai.Ribuan terima kasih kamek ucapkan.

Sekian, Wassalam...

♡♥♡ K E N A N G A N   L A M A   M E N G U S I K    J I W A (KLMJ) ♥♡♥

1 ulasan:

  1. Asalamualaikum, maaf kepada admin sebab lamak sik nyengok blog sbb agak gago kit masa tok.... Mengimbas kembali kenangan denda 20 sen ya sik ingat brapa dah duit masuk lam tabung ya sbb agik skolah dolok agak mancal juak tpi sik over la.. ikit ikit jak tpi mmg ada.. kikiki.. Seorang jak cikgu mula-mula mengamal denda ya alu cikgu lain pun ngekot juak makin la lari bajet blnja makan di kantin sekolah mun dah byar denda nk.. mun sik da duit nya akan ambik raber, pemarut, apa2 jak yang boleh ditebus klak.. hermmm.. Mun teringat pasal ya mmg teringat ngn cikgu GOH ada ka sik nya gik nektok... Tapi ya lah generasi 80an pun kenangan sepanjang masa semasa sekolah rendah tabuan dolok.. Biar pun sekolah ya hanya tinggal kenangan jak dah hangus..Tapi mun dikenang geng2 skolah tabuan ya yang sama batch rami juak la yang agak berjaya dalam hidup sama ada bekerja dengan majikan bekerja sendiri nektok ada perasaan bangga juak mungkin generasi lahir masa ya memandang ke hadapan lebih dari generasi nektok sbb bkn apa yang di maok terus akan dapat sekelip mata jak tersedia didepan mata dengan keadaan yang agak kekurangan kemudahan pergi sekolah pun jalan kaki pkey perahu tambang mun hari hujan dah sekian nak geng..
    Ok.. Sekian lok ngerepak kali tok lak temu gik...

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi singgah di blog tok. Sebelum keluar dari blog tok,Sila pastikan kitak orang sudah menjadi Ahli Berdaftar di blog tok dan sikboh lupak tinggal sedikit komen yang bermanfaat k.Sekian, terima kasih.

KOMEN & CADANGAN