Sabtu, 31 Oktober 2015

KENANGAN YANG SIK DAPAT DILUPAKAN

Assalamualaikum dan Selamat Malam...

Bila kita berbicara tentang kisah lama bait sekolah rendah maokpun sekolah menengah, pasti dan pasti ada yang bilang 'ow nang sikpat dikenang still dalam ingatan'. Pendek kata, segala kenangan lalu sik dapat dilupakkan.

Ketika kita berada disekolah rendah, banyak kisah or kenangan yang sik dapat dilupakkan.Bila disekolah rendah, bab datang sekolah akhir. Dekat pagar sekolah dah ada pegawas sekolah nunggu sambil ngembak buku & pen pakey nulis demerit. Sapa datang lambat ke sekolah, jadi kenaklah mata demerit. Betul sik masa ya dah ada Sistem Merit Demerit ow? Betulkan kiranya saya salahnhihihi...

Di sekolah menengah pun lebih kurang sama juak. Sapa dtg ahir pegawas dah standby depan gate untuk berik markah minus. Disekolah rendah ngan menengah sik jauh bezanya. Sapa pernah jadi pengawas tauklh giney sidak ya motong n nampak mata makey sistem merit dimerit ya.

Mcm disekolah rendah,kamek pernah kenak denda. Mcm2 kenak, nyapu sampah, berdiri diluar, kenak tikam k pemadam dan banyak agik kenangan yang sik dapat dilupak. Paling saya sik suka, time kelas bahasa inggeris. Cikgu english ya nang gaok. Sikpat molah bisin. Mun bisin jak kompom kenak tikam k pemadam papan hijo. Gila cikgu ya.Nang gaok. Paling seram n mengerungkan bila time ujian lisan.perrrhhhhh....seram siot..dahlah cikgu nyoal k nada yang gaok. Terbabak2 enjawab soalan nya...errrr...Sampey kinektok sik berapa lihai bab bahasa inggeris. Asal salah jak kenak paluk k rotan.Ada satu masa ya, kawan kelas time kenak teriak time ujian lisan,sampey kawan ya kenak sakit terkejut.Muko cikgu ya berliang...hahahha....Bila dah berkes kedak ya, baruklah cikgu inggeris ya slow ngaja sik berapa nak gaok agik. Nak tauk siapa budak kelas sama saya ya yang kenak terkejut oleh cikgu ya...'tanya sama itu hud-hud'.hahahaha....mun kawan kelas ya ada terbaca artikel tok,kompom nya akan bersuara ow...hihihi...maafkan saya.errr

Abaikan citer sekolah rendah ok. Kita berbicara pasal sekolah menengah agik. Bila pat sekolah menengah, masing2 nunjuk yang dirik dah besar, dah masuk sekolah menengah.Tetapi kehebatan ya hanya setakat ya ajak, sebab apa, sidak senior agik power, agiklah angkat palak. Sidak2 senior di sekolah menengah sikpat nangga dak junior silap sikit, pasti kenak hukum or denda. Ada yang kenak denda suruh kutip sampah, ada yang kenak tekan tubi dan sebagainya. Paling teruk disekolah menengah, sapa2 yang polah bisin or kerja sekolah sik siap akan disuruh berdiri diluar kelas dan yang paling busuk disuruh pergi masuk toilet dari kelas stat sampey kelas habis. Huhhhh...hebat...nang hebat nak? Bila time rehat, memang susah mok bebeli,coz badan waktu ya memang kecik sampey kinektok.Still kecik n milus.hihihihi...

Kenangan di sekolah menengah sik berapa gilak panjang.Kenangan saya di pending cuma sampey tahap 4. Tingkatan 4 yapun suku jak Tingkatan 4, lepas ya terus dapat tawaran ke Sekolah Menengah Teknik Kuching. Tapikan...sigek agik yang saya ingat sampey bila2. Cikgu Matematik. Cikgu Lelek diberi gelaran sidak. Sapa yg bekas sekolah di pending kompom tauk siapa cikgu lelek ya. Glamor u..uuu...uuu... kepakarannya dalam bidang subjek Matematik nang sikpat dimedo. Nang hebat! TERBAIKKK!!! Coma sigek jak perangey cikgu tok nyuruh nembiak terngagak mulut.Maok taok apa, Cikgu Lelek selalu nyalit sisa kapur ke lidahnya. Apa maknanya saya pun siktauk. Maybe sampey kinektok sik terjawap persoalan kenapa Cikgu molah pagey kedakya.

Setakat ya ajak dolok kenangan yang sik dpt saya lupakkan. Maybe sidak kenkawan lain lebih kenangan lagik dari saya. Jika ada silap dan salah dalam artikel tok, ada yamg tersinggung mohon maaf ow. Pada Cikgu2 dari sekolah rendah sampey menengah, maybe ada yang dah pergi meninggalkan kita, dan ada yang masih. Saya ucapkan ribuan terima kasih diatas tunjuk ajar kalian. Jasamu sangat saya hargai.. Semoga Tunjuk Ajar Kalian Selama ini, diberkati, mendapat pahala disisi Sang Pencipta.Aamiin...Aamiin...Ya Rabbal Alamiin... Terima Kasih... Terima Kasih... Terima Kasih...

Setakat ya ajak untuk citer ritok...tunggu sambungannya nantinyer....babai pak salai.

Khamis, 29 Oktober 2015

TANYA SAMA ITU HUD-HUD

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"

JADILAH AHLI BERDAFTAR

Assalamualaikum dan Selamat Petang.
 
Dipendekkan cerita, kamek nangga yang jadi followers yang berdaftar dengan email gmail nang sikit. sik rami, sedangkan rami gik kenkawan di KLMJ tok senarnya.
 
Camtok caranya mok jadi Ahli Berdaftar. Sebagai contoh seperti kitak orang nangga gambar debah ya, kitak orang perlu klik jak 'Sertai Tapak Ini' @pun 'Log Masuk' ya. Pilih jak, nokney kitak orang maok klik ow...
 
 
Klah...selamat mendaftar dan jadilah pengikut yang pertama di blog kita tok k...Pa2pun terima kasih kepada yang sudi mendaftar jadi ahli di blog klmj tok k...
 
 
Wassalam...bye-bye Pak Salai...Chaw #Kipidap # Dongibap # Yukenduwit

Jika Perpisahan Itu Adalah Lebih Baik

Assalamualaikum...bicara ritok adalah 'Jika Perpisahan Itu Adalah Lebih Baik'. Sedikit info untuk kita sama-sama renungkan...Selamat mentelaah semua...
perpisahan
"When someone comes into your life, Allah sends them for a reason. Either to learn from them or be with them till jannah..

Perpisahan. Clash. Break up. Putus.

Pernahkah anda semua mengalami situasi ini?
 
Mungkin inilah perkataan yang sangat menyeksa jiwa kebanyakkan daripada kita. Kita merasakan ini adalah satu “musibah” yang sangat besar, yang sangat menyesakkan dada, yang mudah sekali untuk menjatuhkan butiran air mata.
 
Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, yang sentiasa terbayang di benak kita.
 
Kita tidak ingin melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia lagi dan kita merasakan hanya boleh bahagia dengannya sahaja.
 
Kita takut, apabila berpisah dengannya, kita tidak akan ada sesiapa lagi.
 
Ada juga diantara kita yang terpaksa memutuskan hubungan atas dasar keluarga yang tidak merestui. Tidak sama taraf, perbezaan agama, faktor jarak dan pelbagai lagi alasan yang kita tidak mampu kawal.
 
Dan yang paling baik dan terpuji bagi saya, adalah mereka yang memutuskan sebuah hubungan cinta kerana ingin menjaga agama dan maruah diri dari fitnah dan dosa cinta.
 
Namun saya pasti, setiap terjadinya “putus hubungan” ini, pasti diiringi dengan air mata, kesedihan, kemurungan dan rasa kecewa. Kalau tak banyak, mesti apa juga secebis perasaan ini even sedikit.
 
Tapi ia tak pelik pun, normal. Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan.  Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang.
 
Tetapi mengapa kita perlu bersedih berlebih – lebihan?
 
Apakah alasan utama yang kita untuk terlalu sedih untuk sesuatu yang masih tiada hitam putih, yang masih ghaib. Lagikan orang yang sudah berkahwin pun boleh bercerai.
 
Kenangan? Kerana terlalu banyak saat indah bersamanya? Hidup ini bagaikan putaran roda, jangan menyandarkan hidup kita hanya kepada kenangan.
 
Mungkin pada waktu lalu kita gembira bersama dia, tetapi sekarang adakah kita masih gembira? Dan apa yang pasti, masa depan belum tentu menjanjikan rasa bahagia seperti masa lalu.
 
Dan kesedihan yang sedang kita lalui ini, tidak selamanya akan begini. Percayalah, kita akan temui bahagia setelah diuji untuk bersabar. Setiap kehilangan ada pembelajaran yang membuat jiwa makin dewasa.
 
Atau mungkin menjadi sebuah proses untuk melepaskan sebuah ego dalam diri. Di saat kehilangan, kita jadi meringkuk seperti bayi yang tak punya kuasa.
 
Kita harus melepaskan seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik.
"Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa kecuali pengalaman hidup. Kita sedar kita tak pernah memiliki apa-apa pun, kenapa harus tenggelam dalam kepedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan?
 
Takut untuk Memutuskan cinta.
 
Ini lagi satu masalah yang menghantui kebanyakkan orang. Takut untuk meminta kata putus. Memang susah untuk memutuskan cinta dengan seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dengan kamu. Tidak mahu menyakiti dan tidak mahu orang yang mendendami.
 
Sebelum itu, apa yang menyebabkan kita patut memutuskan hubungan? Putuslah jika orang yang kamu suka itu seorang yang fasik, tidak melakukan solat, mengajak kamu melakukan maksiat, tidak memberatkan agama.
 
Juga putuslah jika cinta ini melalaikan kamu dari Allah, pelajaran, ibu bapa.
 
Jangan teruskan hubungan dengan orang yang tidak serius dengan sebuah perkahwinan. Suruhlah dia datang jumpa ibu bapa, Jika dia betul – betul dengan anda. Janji mulut sahaja tak cukup, kena tunjuk usaha. Percayalah, cinta selepas nikah itu lebih indah.
 
Saya ulang sekali lagi, cinta selepas nikah itu lebih indah.
 
Memutuskan. Perkara sukar tetapi sebenarnya mudah, kesulitannya hanya kerana kita enggan menyakiti seseorang. kalau hubungan itu menjurus ke arah dosa dan kelalaian, maka putus sahaja.
 
Jangan takut menyakiti hatinya, kerana dia hanya mengajak kita kearah kemaksiatan. Yang mana kita pilih, samada menyakiti dia ataupun menyakiti Allah?
Suatu hari nanti kita akan rasa betapa bertuahnya diri kita. Kita akan sedar betapa beruntungnya Kita diuji sebegitu. Cuma awak kena bangun dan teruskan hidup terlebih dahulu,- penulisbuta
Takdirkanlah yang terbaik untukku apapun keadaannya dan jadikanlah aku redha dengannya.. amin..

perpisahan
 
Klah...Assalamualaikum semua bye bye Pak Salai..hihihihi

Rabu, 28 Oktober 2015

PERMAINAN TRADISIONAL, MODEN, GAJET!!!

Assalamualaikum Salam Sejahtera kepada Geng-Geng KLMJ SMK PENDING 82

         Nukilan kali tok bercerita sedikit tentang permainan-permainan tradisional, moden ngan zaman gajet nektok.. Permainan pun ada KLMJ juak nak? Dalam pikiran kitak orang semua mesti dah terbayang apa permainan peberet kitak orang masa kecik masa remaja ngan dewasa nak? Sebagai contohnya main seremban, zero point, main guli, main dango, main woo(gudi), main sekepong, main polis sentri one two jaga, main raber, ngan macam-macam lagik sik pat sebut lam tok.
 
          Semua permainan nak disebut ya sama ada main dalam kumpulan atau individu biasa nya berkumpulan la atau dua orang. Disamping ya ada juak ekot geng masing-masing sama ada geng laki-laki jak atau ompuan jak kadang-kadang ada juak bermusuh ya tol nak? Perkara biasa. Tapi dalam banyak-banyak permainan dari semua diatas ya permainan capau agak ganas ikit la pkey bola tennis kepong-kepong tikam geng lawan mun kenak belakang ka palak ka nang naso la asa nya tapi dolok sik kisah perkara ya tahan ajak lah asa kuat sa dirik sik maok ditanga orang nangis.. Hehe.. Mun orang mbiak laki ada juak sik berbaju main ya.. Mun dah abis main sik da lain tuju ya terjun sungai mun diam kawasan ada sungai.. Mun dikenang balit memang geleng palak mengenang kelasakan dirik pun zaman mensia marek.
 
         Bagi kategori permainan moden ada banyak juak la.. sebagai contoh la Game Nintendo, Sega, Brick Game, PS2, Keta Kontrol, Belon Kontrol dan banyak gik la.. Permainan ya agak besar juak kos nya mun maok beli mun mak bapak ada banyak duit mungkin dapat beli biasa nya zaman saya dolok sik mampu la main cuma dapat nanga orang lain main jak la. Jadi sik da pengalaman gilak pasal permainan yang berkos tinggi ya tapi video game sempat juak main kat kedai game sewa jam jak.. Ya pun benar ngumpul duit maok main nak cam ya.. Jadi sebagai pilihan kedua main jak la bol padang sebab masa ya lom ada main futsal mun ada pun mampu ndak ka bayar sewa sejam ya nak berpuluh ringgit. Waktu paling digemari untuk men bol padang adalah waktu hujan lebat kat padang sekolah PENDING sebab saya dolok diam di Sungai Apong dekat juak la nak gi sia tapi waktu ya belum gik sekolah di Pending ya.. Sapa pernah main waktu cam ya sila angkat tangan lok..
 
         Gajet! Hermmm.. semua orang tauk pa benda ya nak? Sebut jak apa jenama dari mbiak kecik sampey dewasa tua kompom ada sekurang-kurangnya ada sgik nak? Mun sik sikda mungkin cdak datuk nenek kita la yang sik maok makey benda kdak ya.. Sik kira jenama apa gajet ya samada Nokia, Motorola, SAMSUNG note, Galaxy,Tab dan etc,Lenovo, Iphong(Iphone), Ipad, Ipod, Imac, Mac Book dan banyak gik sik pat dinyatakan kompom ada dengan setiap orang nak.. Fenomena Gajet tok agak hangat juak diperkatakan sampey ada yang madah GAJET tok molah orang jadi antisosial sik maok bergaul ngan orang sekeliling la sakit athritis sendi juak dan lebih agik nyuruh orang leka.. Setakat ney fakta tok betul ka sik sebenarnya terpulang pada empunya badan. Rasa-rasa kita semua mengalami perkara tok secara tidak langsung nak? Tapi ya lah benda tok dah jadi satu keperluan untuk tujuan komunikasi kita seharian nak? Kadang-kadang arum bulak bangun pagi terus main GAJET dolok. Pagi petang siang malam berGAJET.. 
 
         Kesimpulannya, semua benda yang ada disekeliling kita memainkan peranan tertentu samada secara langsung atau sik bergantung ngan fungsi yang tertentu terpulang ngan kita pun menilai atau berpada-pada untuk menggunakan setiapnya yang ada. Tapi bagi generasi yang lahir 80an seperti saya sendiri la sudah mengalami fasa-fasa tradisional, moden ngan gajet tok arum bulak semua dirasa tol sik? Nilai jak sia lejen sik lejen.. Jangan jak sampey kita jadi hamba gajet semua nak ikut trend sik ngira mampu sik mampu arap sikda camya la geng-geng semua ow. Seperti yang terjadi dinegara luar sampey anak memaksa ibu-bapa membeli Iphone6 padahal orang tua nya sik mampu sampey mengugut ibu-bapa.. Jangan,jangan,jangan... Aduyai apa dikerepak ku tok...? Kikiki.
 
        Akhir kata selamat membaca coretan saya topik nak agak berat dikit la tol sik Abang Epul? Kikiki..(Ku juak Katanya).. Tapi hakikat hidup masa tok memang perkara tok terjadi tol sik? Tapi apa-apa pun doakan terbaik untuk geng-geng semua..
 
Wasalam.... Kipidap, Dongibap, Yewkenduit...

Siri Motivasi: Persahabatan Yang Sejati

Mempunyai sorang sahabat sejati lebih berega dari seribu teman yang mementingkan dirikpun.

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tapi yalah yang molah persahabatan mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering  kenak coba, tetapi persahabatan sejati dapat mengatasi cobaan ya bahkan bertumbuh bersama kernanya...

Persahabatan sik terjalin secara otomatik tapi mengharapkan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya.

Persahabatan diwarnai dengan bermcm pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ya pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.

Sorang sahabat sik akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justru karena kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.

Sahabat sik pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya maok berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat yg berusaha pemeliharaan dari kesetiaan, tapi bukan pada saat kita memberikan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencarik perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justeru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang dimaok oleh sahabatnya.

Kerinduannya adalah menjadi bagian dari kehidupan sahabatnya, karena sik ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.

Semua orang pasti maok sahabat sejati, namun sik semua orang berhasil mendapatkannya.

Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juak yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya.

Ingatlah sampey terakhir kali tok kitakorang berada dalam kesulitan. Sapa yang berada di samping anda ??

Siapa yang mengasihi kitak saat kitak merasa sik dicintai ??

Siapa yang maok bersama kitak orang saat kitak orang sik dapat memberikan apa-apa ??

SIDAKNYALAH SAHABAT KITAK ORANG

Hargai dan peliharalah selalu persahabatan kitak orang dengan sidaknya.

**Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita **

Aamiin Aamiin...

Isnin, 26 Oktober 2015

KITA SAHABAT SELAMANYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Selamat Petang semua.. Harapan aku agar dikau kalian, sihat sejahtera dan senantiasa senyum selalu hendaknya...Aamiin...
 
Di debah tok adalah hasil yang sik seberapa dari saya untuk kalian yang bernama SAHABAT!!! Terimalah khas dari saya untuk blog ini 'Kenangan Lama Mengusik Jiwa (KLMJ)'.
 
 
Dua tiga kapal belayar di samudera
Ayuh sahabatku kita bergembira
Bermain bernyanyi bersama menikmati indahnya dunia
kerna..
 
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia
oh oh..
 
Berakit-rakit kita ke hulu
berenang-renang kita ke tepian
kita berbeza untuk saling mengisi segala kekurangan kita
menjadi..
 
Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya setia…
 
Tiada bukit yang terlalu tinggi
untuk kita daki bersama
dan tak ada laut yang terlalu dalam
untuk diselami…
 
Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya ohh..
 
Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… selama-lamanya… setia…
 
 
 
 
Setakat ya ajak... semoga asyik yer... Jangan lupe... jadilah pengikut setia di blog KLMJ SMK Pending '82' tok k... Salam..

Rabu, 21 Oktober 2015

Denda RM0.20 Masih Di Dalam Ingatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...Selamat Malam Semua...

Jauh dah masa berlalu. Kejap jak. Tokpun dah delay mengoreng cerita dalam blog tok. Pa2pun, ada masa ada waktu sama-sama kita nyengok diblog tok, sik lamak kejap pun jadilah ow.


Okey, tanpa embuang masa, kita terus refresh minda kita pasal topik malam tok iaitu 'Denda RM0.20 Masih Dalam Ingatan'. Mesti kitak orang tauk nak sapa yang molah undang-undang ya? Sapa-sapa yang pernah bersekolah di SRK Tabuan Hilir, pasti dan pasti tauk sapa yang mewujudkan undang-undang iaitu Denda RM0.20 ya.

Sik lain dan sik bukan ialah, Cikgu Daniel Goh. Cikgu yang sempoi,senyum manis dan berkaca mata. Mungkin dgn cara ya, disiplin nembiak zaman 89-94an kita waktu ya lebih berkesan. Memang sik disangkal lagik, ternyata, memang berkesan.

Sapa-sapa yang bikin onar dalam kelas ketika Cikgu Goh mengajar, akan didenda. Bukan setakat bisin dalam kelas akan kenak denda, yang buang sampah merata-rata tempat, ngarey uras sonok asan,akan kenak denda juak. Yang best nya, denda ya akan beroperasi bila kelas Cikgu Goh ajak. Dalam kelasnya, denda yang dikenakkan ya boleh berkurangan kiranya nembiak kelas menunjukkan kerajinan ataupun jawap soalan dgn betul sepanjang tempoh kelasnya.

Tok nak madah ngan kitak orang apa tujuan Cikgu Goh molah kedakya, supaya nembiak berdisiplin, sentiasa fokus dalam pembelajaran. Disamping ya, duit yang terkumpul hasil denda ya, akan digunakan untuk Majlis Jamuan Akhir Tahun or pakey beli hadiah kepada sapa2 yang menang atau jawap kuiz secara spontan yang dipolah.

Apapun Denda RM0.20 still masih dalam ingatan. Maybe apa yang nok digoreng saya tok terlebih goreng ataupun terlebih ngenjen maafkan saya. Mungkin ada di pihak kitak orang yang tauk apa gik pasal Denda Rm0.20 tok time Cikgu Daniel Goh tok ngajar kita dolok.

Pa2pun mohon maaf mun ada silap padah dalam mengoreng topik tok ow... Mun ada dari kitak orang masih ingat agik tentang denda RM0.20 dari Cikgu Goh, boleh berkongsi kenangan disitok dengan memberik komen diblog tok ow...

Jasa bait kitak orang dalam memberi sokongan padu untuk blog tok,amatlah dihargai.Ribuan terima kasih kamek ucapkan.

Sekian, Wassalam...

♡♥♡ K E N A N G A N   L A M A   M E N G U S I K    J I W A (KLMJ) ♥♡♥

Selasa, 13 Oktober 2015

LOGO SMK PENDING

 Assalamualaikum dan salam sejahtera... Selamat petang semua...Sapa sik tauk logo dolok marek SMK Pending? Toknya...
 
 
Logo Lama
  
Ini adalah logo yang digunakan pada awal penubuhan SMK Pending.Mula digunakan pada tahun 1976 dan bertukar kepada logo yang baru sekitar tahun 1980an. Gambar singa yang terdapat dalam logo itu membawa maksud keberanian. Obor api mewakili sikap keberanian dan semangat padu warga sekolah.Buku melambangkan kegigihan pelajar dalam pelajaran sementara kayu hoki pula membawa semangat kesukanan. Logo ini kemudiannya ditukar seperti yang ada sekarang.


                                   Logo Baru


Logo baru ini memperlihatkan kelainan dari segi bentuk disamping penggunaan warna yang menarik. Daun Apong melambangkan sikap warga sekolah yang sentiasa mencari ilmu. Obor api mewakili sikap keberanian dan semangat padu pelajar-pelajar dan guru-guru untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum dan kurikulum. Lambang buku ialah teras dalam pembinaan ilmu di sekolah ini. Kesepaduan warna-warna bendera negeri Sarawak dan negara Malaysia sesuai dengan fungsinya sebagai sebuah pusat pengajian yang akan melahirkan generasi berintelek,berkemanusiaan dan berketerampilan.


Cogan Kata (Motto)
 
‘Jangan Bertangguh’ dijadikan asas kepada proses pembelajaran dan pelajaran warga sekolah SMKP. Ia dipilih sebagai cogan kata berdasarkan kesesuaian agar setiap warga sekolah sentiasa berasa yakin dan berkemampuan untuk menyelesaikan tanggungjawab masing-masing tanpa ada penangguhan kerja yang boleh menjejaskan prestasi pelajar.
 
So, apa rasa kitak orang setelah tauk giney rupo logo SMK Pending lamak marek...Akhirnya...giya rupo logo SMK Pending lamak marek oww...
 
Klah...babai...

Isnin, 12 Oktober 2015

Pengetua-Pengetua Yang Pernah Berkhidmat Di SMK Pending


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Entri kali tok maok engkah nama2 pengetua yang pernah berkhidmat di SMK Pending. Berikut adalah senarai nama pengetua berserta dengan gambarnya. 

Ada sesetengah pengetua sikda gambar.hihihi....Jom kita ndiat.Mungkin kitak orang masih cam or sik berapa nak ingat agik ngan wajah2 pengetua dolok sampey nektok.  

Encik Abdul Rahman Sahari
(JAN 1975-DIS 1975)

Encik Sulaiman bin Aban
(JAN 1976-DIS 1976)

 
Encik Lawrence Chong
(JAN 1977-OKT 1977)
 
 
Encik Lim Ah Lik
(NOV 1977-JAN 1978)
 
 
Encik G.T.Sargunam
(01 FEB 1978-16 JUN 1981)

 
Encik Reggie Tersan
(17 JUN 1981-DIS 1986)

 
Encik Lawrence Chong
(JAN 1987-1996)

 
YB Datuk Hajjah Fatimah Abdullah
(JUL 1996-MAC 1999)
 
 
Encik Sukiman bin Suradi
(APR 1999-2 JUL 2001)
 
 
Encik Ahmad bin Haji Hamdan
(2 JUL 2001-16 JUN 2004)
 
 
Encik Joseph Ng Shan Tsing 
(16 JAN 2004-MEI 2012)
 
 
Encik Ivor Emmanuel Lim Ho Huat
(JUN 2012 HINGGA SEKARANG)
 
 
Okey...ya jak entri kali tok... hope semua dah tauk siapa Pengetua2 yang pernah mengetuai legasi SMK Pending oww...Puas Hati sik..?
 
Klah...Wassalam dan Salam Sejahtera...
 
 
Kredit from: BLOG SMK PENDING

History Of SMK Pending

Assalamualaikum salam sejahtera... Mok cita serba sedikit Sejarah SMK Pending lok.Tapi dalam bahasa International...hihihi...
Gambar Hadapan Panorama SMK Pending sekarang.

SMK Pending was born in 1974,borrowing the premises of SRK Lumba Kuda, next to the present MBKS HQ. Its first principal was En.Abdul Rahman Bin Sahari.
The following year, 1975, it moved to SRK Chung Hua, Bintawa. Now a bording school. It had only 15 teachers (among them YB Peter Nansian) and a clerk. En Sulaiman Aban became its second principal.
1976 came the big wait when a permanent home was completed along Jalan Tun Razak near Kampung Sungai Apong. Oending is named after an Iban word, ‘Pending’ meaning ear. So Pending point and Pending Port became a ‘waiting place’ for ships and goods. En Sulaiman Aban adopted the motto ‘Jangan Bertangguh’ to ‘counter’ the idea of waiting or delaying.
When En Lawrence Chong took over in January, 1977, he stayed until the beginning of the 3rd term. En Lun Ah Lek came to take En.Chong’s place but stayed only for a few months.

In February 1978, En Gona Theodore Sargunam, from SMK Green Road, took over. He left in June 1981. The Tennis Court was built in 1979, the year SMK Pending became organizer of the 15th Inter Secondary School Athletic Meet.

En.Reggie Jerson took over in June 1981 and saw nearly six years of service here. After ten years, En Lawrence Chong came back in 1987 and spent another nine years in SMK Pending.
In 1996, Puan (now Datin) Fatimah Abdullah returned (in 1990/91 she was PK1) to lead school. The staffroom was moved ‘upstairs’ ; the 1st floor used to house the library, which has since been moved to block B.
In. 199x En Sukiman replaced Datin Hajjah Fatimah Abdullah. In 200x En Ahmad Hamdan came. After xx years, he was transferred to Sarekei. In 2005, En Joseph Ng became a principal of SMK Pending.

Klah...ya jaklah...paham dakkah...? Kamekpun sik paham hahahah....


Credit info from:
---------------
BLOG SMK PENDING

Sabtu, 10 Oktober 2015

Karangan 360:Kisah Lama Datang Kembali Untuk Mengusik SANG JIWA


Dalam kesibukan *feeling2 sibuk ;D , sebenarnya aku memang teringin nk menulis semula kt dalam KLMJ SMK Pending 82 ni...bkn kerana apa aku x menulis tapi kerana lantaran aku berasa kurang enak di dalam jiwa sejak akhir-akhir ni dan tambahan pulak aku terdengar & dpt tahu satu peristiwa yg telah 'berjaya' mengejutkan aku juga sikit sebanyak mungkin juga mampu utk melemahkan aku....tapi alhamdulillah, perasaan itu sikit sebanyak dah mula menghilang walaupun x sembuh secara sepenuhnya :)

Rupa-rupanya ramai *padahal dua,tiga org je ;D yg nk tau pasal kisah & jugak asal-usul, biodata org yg bernama 'abg Q' sebagaimana yg diceritakan dlm entri aku yg minggu lepas (klik sini) .... sebenarnya mmg aku nk cerita kisah dia tpi atas sebab-sebab tertentu plus dia minta aku jgn bongkarkan identiti asal dia,so, aku terpaksa sorokkan kisah ni, mungkin sampai bila-bila kot sehingga la dia dah berlembut hati nk bongkarkan, barulah boleh aku ceritakan semula dkt sini :)

Kisah aku yg mungkin akan dibangkitkan smula kali ni mungkin sudah lama tersimpan lapuk di belakang fikiran aku...sebenarnya memang aku dh x nk ingat semula kisah-kisah yg mungkin terasa pahit yg aku pernah lalui selama ni tpi dia datang secara tiba2 dan aku x dpt menghalangnya utk kembali menerobos dlm pemikiran...oh, kadang2 rasa ni memang pedih tapi apa boleh aku buat kalau tiba-tiba rasa ni terus datang bagaikan renjatan elektrik??? manusia x kn mampu utk menghalang dari semua ni terus terjadi & kita hanya mampu utk menangkis saja tapi sampai bila???

Apa2 pun kisah dan kenangan lama ni memang kekadang bagi impak yg negatif utk sebuah kehidupan yg mungkin mahu dibina semula selepas menghadapi detik2 kejatuhan dulu dan biarkanlah kejatuhan dahulu yg diterima kepada diri sebelum menerima saat2 KEJAYAAN yg x BERTEPI.... setiap dlm kehidupan mmg ada pahit dan manis & itulah memang rencah dlm kehidupan dan aku mungkin salah seorg yg telah menghadapi dan di hari-hari yg mendatang, aku pun belum tahu UNTUNG NASIB aku dlm KEHIDUPAN.... kpada semua, semoga berjaya mencapaiapa yg paling diimpikan....TERIMA KASIH KEPADA INSAN YG BERJAYA MENGINGATKAN AKU KISAH YG PALING X NAK AKU INGAT NI ;D

*Sekadar mengoreng & karangan 360 patah perkataan.

P.S : aku akan cuba semula utk rajin post entri kat sini kalau masa mengizinkan dan AKU AMAT AMAT & AMAT RINDUKAN KALIAN SEMUA.

Jumaat, 9 Oktober 2015

WHATSAPP GROUP ADMIN

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat malam semua dengan pertanyaan Apa khabar Semua? Kudoakan kalian semua sihat dan sentiasa tersenyum walau dihati gundah gulana.Aamiin...Mudah2an...

Mungkin kalian semua maok taok siapa group admin WhatsApp KLMJ SMK Pending 82. Di debah tok, sedikit sebanyak yang kamek tauk pasal admin2 di whatsApp ya. Kiranya ada kesilapan, bolehlah komen ya. 

Before ya, mohon maaf kiranya sik mintak ijin dolok screenshoot profile whatsApp kitak orang ow...

Jommm...layannnn...












Klah...admin2 yang selebihnya, kelak saya updated gik gambar profile kitak orang ya diblog kelak ow....k.. Ya jak termampu dari saya....k wassalam.


                       ♥♡♥K E N A N GAN    L A M A     M  E  N G U S IK    J I W A ♡♥♡

Khamis, 8 Oktober 2015

KLMJ SMK Pending 82 di TWEETBEAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sekadar untuk maklumat kitak orang semua. Kini sapa2 yang ada akaun Twitter ngan Instagram boleh hastag setiap kitak orang pun post dengan #KLMJPending82KipidapDongibap.

Setiap aktiviti, program or apa2 yang kitak post ya akan dipaparkan di--->  TWEET BEAM 

Okeylah...nak madah ya jak tek. Selamat ber TWEETBEAM. Have a nice.. Hope UOLS happy always k...Bye-Bye...

Wasssalam... Jaga Diri dan Hiasi Peribadi...

Rabu, 7 Oktober 2015

Page KLMJ SMK Pending 1982 pun ada

Assalamualaikum dan salam sejahtera... sekali lagik kamek ngucap semoga bait2 selalu hendaknya k...

Tok cuma nak inform ngan kitak orang yang page KLMJ SMK Pending 1982 dah wujud fb. Tujuan page ya dipolah untuk memudahkan kita supaya bila kita bukak blog kita tok, link ke page ya dah sedia ada di blog tok.Coma klik jak..Senangkan.

Jommm...pa tunggu lagik...LIKE gik Page KLMJ SMK Pending 1982 tok laju-laju. Kitak orang boleh tangga link Page ya disebelah kanan kitak orang yaaa...---》》》 nampak sik? Hihihihi..

Tq sebab LIKE Page KITA ow...

♥♡♥K E N A N G A N    L A L U    M E N G U S I K    J I W A♥♡♥ 

Isnin, 5 Oktober 2015

GREAT MOMENT KLMJ SMK PENDING HAPPENING!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pertama sekali trima kasih kepada yang menjengok blog tok... Syukur sangat-sangat... Tanpa support kitak orang siapalah saya di blog tok ndak giya ow... hihihi

Sik da pa2 mok dipadah coma berkongsi gambar ngan kitak. Gambar tok pun diambik dari Si Medes Mayang Mengurai salah sorang ahli group KLMJ SMK Pending juak...hihihi mohon share yer kawan...hihihi...

Jom layan jaklah gambar tok... walaupun sik pergi joins sidak tok, terasa kemesraan yang dah lamak sik terjalin. Rindok nangga sidak happening gilak2... macam kamek jak ada disia owww...hihihi 

Jommmm Layannnnn...












 Tok jaklah... K tangga kitak orang...kbye... Wassalam...



Ahad, 4 Oktober 2015

SEKOLAH MENENGAH DI SMK PENDING APA YANG BEST?

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera...

Apa khabar kitak orang semua di KLMJ, okey sik? Harap sihat semuanya ow...

Topik ritok kmk mok ngoreng pasal apa yang best sekolah di SMK PENDING. Kitak orang rasa apa yang best ketika kitak orang bersekolah disekolah ya dolok.Macam kenangan2 lama pahit manis bersama rakan seperjuangan.Mesti ada bah...toi sik? Mun ada boleh komen di sitok boleh?

Tok cerita kameklah. Lepas jak  habis di sekolah rendah tabuan, kamek terus masuk sekolah menengah kerajaan pending. Di sia kamek dimasukkan ke tingkatan 1. Sik ingat gik dah tingkatan 1 apa kamek time ya...hihihi..

Sik banyak moment yang ada si sekolah menengah pending. Coma yang masih ingat bila masuk kelas KHB. Cikgu ya kamek sik ingat gik. Susuk tubuh nya kamek gik tauklah. Badan cikgu ya gonjor2. Bila masuk jak kelas ya macam2 dipolah. Bila pat masak, kompom molah sandwich telur. Pasya makan dirikpun..hahahha...Bila pat bengkel.Molah rak buku...best molah ya. Kitak orang masih nyimpan sik rak buku nok dipolah time masuk kelas KHB?

Haaa...sigek gik...bok ingat...bertanding kawat kaki setiap persatuan. JOHAN you...uuu...uuu... Waktu ya kamek masuk Kadet Polis. Sapa masih ingat gik? Bila pat sukan kamek suka main bol ngan sepak takraw. Mun men bol wakil sekolah. Sepak takraw kamek just bertanding ngan sidak kelas2 lain. Naib Johan jak.hihihi...

Hakikatnya...kamek nang sik banyak gilak moment penting yang manis ngan yang pahit. Haaaa...sigek gik bok ingat agik...hihihi.. Pernah juak wakilnTilawah Al Quran bertanding di Kolej Abdillah. Sikpat nombor...hahahah...

Untuk pengetahuan, kamek coma bersekolah di SMK Pending sampey Tingkatan 4. Yapun suku jak di Tingkatan 4 sebab dapat tawaran belajar di Sekolah Menengah Teknik Kuching dari Tingkatan 4 sampey Tingkatan 5.

Banyak kenangan2 yang terlepas di Sekolah Menengah Pending n banyak yang dah sik ingat agik..lupak-lupak ingat...ingat-ingat lupak...toi kah hihihi...

Klah..setakat ya jak...sik banyak juak kenangan kamek disia... Mungkin kitak orang banyak tauk gik coz kitak orang mungkin sampey habis sekolah di Pending nak ow...ceciter lok...errr

Sekian, wassalam...
♡♥♡ K E N A N G A N   L A M A    M E N G U S I K    J I W A♥♡♥


Sabtu, 3 Oktober 2015

MENCARI 7 PENGARANG YANG BERWIBAWA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera dan Salam Kekeluargaan.

Hope semua sihat walafiat hendaknya.Kmk cadangkan pada kitak2 yg jadi pengarang, maok blog tok setiap hari diupdated.Pendek kata blog tok mesti setiap hari ada ceritanya. 

So, kmk maok lantik 7 atau lebih pengarang blog tok utk tulis or karang apa saja cerita yg berkaitan dengan KLMJ.

Untuk pengetahuan semua, ada 5 kuota lagi untuk mengisik kekosongan sebagai pengarang blog tok.

So, pa tunggu agik... cepat pm email kepada saya di klmjsmkpending1982@gmail.com utk saya jadikan kitak orang sbg pengarang blog.

Sekian, Harap maklum. TQ atas respon kitak orang.

Jumaat, 2 Oktober 2015

MIAK SEKOLAH DOLOK VS MIAK SEKOLAH KINEKTOK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ritok saya ingin berkongsi sedikit tentang 'Miak Sekolah Dolok VS Miak Sekolah Kinektok'. Persoalannya, Apa bezanya? Masih samakah olahan sidak kinektok ngan dolok2 marek?

Tok Pendapat saya. Dolok marek, miak sekolah rendah mak bapaknya nganta makey apa? Sikda makey papa, berjalan kaki nganta anak2 sidak ke sekolah terutama sekali nok yang masih darjah 1 sampey darjah 3 atau darjah 4 camya. Bila dah masuk darjah 5 ke darjah 6 pandey2lah sidak nembiak dolok2 berjalan kaki turun ngan balit sekolah kuang kuit.

Mun kinektok, nembiak sekolah rendah stat darjah 1 sampey darjah 6, makbapak sidaknya nganta k apa? Ada yang nganta anak2nya ke sekolah makey keta, ada yang makey motosikal nganta. Bukan setakat ya ajak, makbapak sanggup meli basikal pakey sidak nya turun and balit sekolah. Arum bulak anak2 kinektok sik takut makey motosikal pakey pegi sekolah.Ada yg makbapaknya nyuruh makey and ada yang makey curi2 sik ditauk oleh makbapak. Betapa bestnya zaman sekolah kinektok.

Miak sekolah kinektok ngan Miak Sekolah Dolok Marek, Jauh bezanyaaaa...Kenak kamek madah camya? Sebabnya hari berganti hari, bulan berganti bulan, taun silih berganti. Maka ya zaman teknologipun makin maju dan maju. 

Ndiat kitak orang, miak sekolah kinektok, apa permainan yang sidaknya main? Sik lain dan sik bukan, game2 dari hp sidak sbg contoh, COC.game paling popular zaman kinektok. Berbeza ngan zaman sekolah mensia dolok marek. Apa sidaknya main ketika lapang? Dah semestinya permainan tradisional. Sidaknya akan main berami2 bersosial mcm main ' Rondes', 'Zero Point', Main Guli, Main Sengepong, and macam2 agik permainan yang boleh mengeratkan lagik hubungan.

Kamek sik madah kemudahan n teknologi kinektok lebih bagus dari dolok marek or sebaliknya, tetapi dari segi kebaikannya zaman kinektok ngan zaman dolok, nembiak kinektok kurang bergaul sesama kawan sebab apa zaman kinektok penuh dengan teknologi yang canggih. Jarang keluar rumah, terlalu kusyuk dgn permainan gamenya sampey makan minum sik terjaga. Tapi yang bestnya sidak nembiak zaman kinektok lebih advance dari nembiak zaman dolok2. Sidaknya lebih tauk agik pasal ICT berbanding ngan sidak miak sekolah dolok marek.

Nembiak dolok marek nang betul2 fresh, lurus bendol.Sidak miak sekolah dolok mareknya sik tauk apa ICT. Dolok2 marek nang susah nak carik maklumat tentang pembelajaran. Nak molah kerja segala2nya susah. Maklumat susah mok carik. Mun nak carik maklumat bergambar, terpaksa kenak carik suratkhabar lamak and gunting yang berkaitan, tapi zaman kinektok, terlalu mudah ngan senang.Maklumat yg dimaok, hanya dihujung jarik jak. Apa dimaok just taip jak terus keluar n print.

Pendek kata pendapat kamek, zaman sekolah dolok ngan zaman  sekolah kinektok masing2 ada baitnya and ada kurang baitnya. Coma masing2 jak yg pandey2 makeynya. Pa kata orang mensia dolok marek, ' Yang Bait Kita Jadikan Tauladan, Yang Kurang Bait Ya Kita Jadikannya Sempadan'.Bait Buruk segalanya ketentuan Sang Pencipta.Kita tok yg diberik akal fikiran, gunakan kemudahan and teknologi yg sedia ada dgn sebait2nya.

Setakat tok ajak ngoreng, tok coma pendapat saya.Lain orang lain pendapatnya. So, jangan setuju 100% apa yang saya gorengkan. Anda setuju Alhamdulillah,anda sik setuju terpulang. Lu Pikirlah Sendiri!!! Hihihihi...

Okeylah, Jumpa lagi di Coretan akan datang...babai...Wassalam.

KOMEN & CADANGAN