Sabtu, 14 November 2015

Bercinta Nembiak Sekolah Zaman Dolok vs Zaman Kinektok

Assalamualaikum dan selamat malam Sang Pencinta KMLJ SMK Pending 82. Apa khabar semua? Hope semua sihat ow...

Catitan kali tok kamek mok ngoreng k bahasa melaya ow... Jom Layannn...

Budak-budak sekolah rendah sekarang dah pandai bercinta, aku dulu masa sekolah risau tarik bendera tak sampai atas sebelum lagu habis.”

“Budak-budak sekarang menangis putus dengan pakwe, aku dulu menangis sebab terlepas tengok kartun pagi.”

Gambar Sekadar Hiasan

“Budak-budak sekarang pergi dating kat shopping complex, aku dulu risau kasut sekolah tak kering kapur.”

Aku pun pernah sekolah rendah. Ramai gila kawan-kawan aku yang hantar surat cinta, pergi jumpa kat bawah pokok masa rehat, main jeling-jeling kalau makwe lalu depan kelas, telefon-telefon kat rumah, dan entah apa lagi yang diorang buat.

Malah aku pun pernah je buat benda benda ni.

Masa sekolah rendah kita dulu-dulu, memang ada benda yang budak-budak sekolah buat sekarang. Tak usah tipulah kau dulu kat sekolah risau pasal kartun lah, bendera lah, kasut sekolah lah, tudung lah.

Mesti dulu kita pernah ada makwe pakwe suka-suka. Mesti kita pernah at one point, tulis surat atau paling kurang dapat surat cinta daripada seseorang. Tapi kalau tak pernah dapat, nampak sangat kau huduh.

Dulu aku dan kawan-kawan pernah mengorat sorang budak perempuan, tapi hanya mampu jeling-jeling je lah. Bila dia pandang kami, kami cepat-cepat pandang tempat lain sebab takut.

Member aku ada yang bercinta dari sekolah rendah dulu, sampai la ni bercinta lagi.

Aku dulu pernah mental breakdown kejap sebab crush aku suka orang lain. Begitu jugak ada sorang member aku ni jadi  gila kejap sebab awek yang dia tukar-tukar surat dulu, rupa-rupanya suka orang lain dalam masa yang sama.

Ni semua aku lalui masa sekolah rendah.

Dalam masa yang sama, aku tak nafikan jugaklah aku dulu risau bendera tak naik ke atas, kasut tak kering kapur, pernah menangis sebab terlepas tengok kartun, dan macam-macam lagilah. Memang aku tak nafikan.

Tapi takda pulak aku nak hipokrit yang aku hanya buat benda-benda ni sahaja. Bila budak-budak sekarang ni pandai update in relationships lah, cari aweklah, clash dengan pakwe lah.

Aku tak tergerak hati langsung nak bandingkan diri aku dengan diorang, sebab aku tak tipu diri sendiri bahawa aku pernah buat apa yang diorang buat.

Cuma, cuma….

Bezanya kita dengan diorang adalah, diorang paparkan benda-benda ni secara umum.

Dulu masa sekolah rendah, kita suka kat seseorang, yang tahu nya member-member rapat kita je. Paling bengong pun, satu kelas tahu kita suka kat seseorang tu.

Dulu masa sekolah rendah, kita nak luahkan perasaan, bukan secara umum. Tulis surat pakai buku tulis garisan satu, tak pun koyak tengah buku matematik, lepas tu lantik seorang utusan iaitu member kita sendiri untuk hantarkan pada awek kita.

Dulu masa sekolah rendah, kalau putus cinta dengan awek, nak luahkan dalam tandas je lah. Mandi lama-lama dalam bilik air sambil menangis mengenang hati yang terluka. Selalunya menangis time mandi ni lagi best sebab air mandi tu menutup tangisan kita.

Lain dengan budak zaman sekarang, nak luah kat public. Nak putus kat public. Nak mesej semua kat public. Sebab zaman diorang ni dah memang public.

Tapi walaupun begitu, kita yang masa sekolah rendah, dengan budak sekolah rendah zaman sekarang, sama je. Diorang pernah bercinta, kita pun pernah.

Diorang pun takut jugak bendera tak sampai atas sebelum lagu Negaraku habis. Diorang pun takut kasut tak habis kering. Diorang pun pernah menangis sebab terlepas kartun.

Diorang lalui benda yang sama apa yang kita lalui dulu. Kita pun lalui benda yang sama apa yang diorang lalui sekarang.

Tapi….

Bezanya hanya satu, diorang publickan benda yang diorang buat. Semua diorang buat secara public. Beza sikit dengan kita dulu, lagi-lagi dulu kita tak didedahkan sangat dengan media sosial.

Jadi, tak usahlah menipu kita tak buat benda-benda cintan cintun ni ya.

Dan aku jamin, kalau kita hidup zaman ini sebagai budak sekolah rendah, kita pun akan buat perkara yang sama dengan diorang.

Apa yang kita perlu lakukan adalah, bantu mereka. Bukan bandingkan, lepas tu hina.

Lepas hina, tak buat apa-apa. Maka terpalitlah tahi yang kita bagi kat diorang tanpa kita mencucinya kembali.

Diorang perlukan kita, dan yang kita tahu hanyalah menghukum.

Apa macam,okey sik ngoreng kmk malam tok? Hihihi... Papapun...sama2 kita renungkan ow... Dulu lain, Sekarang Lain...Wassalam...

Jumaat, 13 November 2015

PERBEZAAN SAHABAT VS KAWAN

Assalamualaikum... Selamat Malem.

Malas nak bicara panjang2....gambar jaklah yang menceritakan segala-galanya.
Jommmm...Layannnn...


Hope semua yang ada dalam KLMJ SMK Pending 82 adalah seorang SAHABAT. Renung2kan dan Selamat Beramal...Wassalam...




TENTANG KITA

Inilah cerita tentang kita. Tentang kita yang bersahabat, yang saling mengerti, saling mendukung, dan saling merangkul satu sama lain ketika salah satu diantara kita ada yang tersesat dan tak tau arah.

Kita bertemu di satu lingkungan, bukan cinta yang mempersatukan kita namun hati yang ingin kita bersatu berjalan beriringan saling rangkul satu sama lain agar diantara kita tidak ada yang tersesat dijalan.

Bukan pertengkaranlah yang memisahkan kita akan tetapi keegoisan dari diri kita masing-masinglah yang membuat kita terpecah belah, berantakan tidak beraturan, yang memilih untuk berpisah.

Saat Jarak Memisahkan kita semakin jauh. Terlena dengan masa depan dan melupakan masa lalu yang indah yang pernah kita rangkai dengan cerita-cerita kebersamaan kita kala itu. Kita melangkah bersama dan saling rangkul dari titik mulai hingga akhirnya kita terpecah belah.

Berpisah untuk kesekian kalinya. Pergi dan saling melupakan.“Kau pergi seperti dedaunan yang terhembus angin seketika. Kau melupakan masa lalu seperti angin yang menerpa debu-debu kelam yang kau anggap itulah masa lalu kita.”Cobalah lihat ke belakang ada siapa di belakangmu?

Seorang sahabat sejatimu yang pergi dan tidak berjalan searah denganmu. Aku berjalan dengan bayanganku yang setia menemaniku ke arah Selatan, Kau berjalan ke arah Utara, Dia berjalan ke arah Timur, dan serta Dia berjalan ke arah Barat.

Saat keegosisan membuat kita terpecah belah,  kita berjalan tidak searah saling menuju jalan yang tidak kita inginkan. Mungkin aku hanya dapat berjalan searah denganmu saat didalam mimpimu, namun aku tidak akan pernah berjalan searah denganmu didunia nyata.

Ketika kita semua sudah sampai didepan sebuah pintu masa depan kita masing-masing, namun itu bukan pintu kita. Kita kembali berjalan menuju tempat dimana terakhir kita bersama. Kita berjalan beriringinan dari tempat dimana kita terpisahkan sampai akhirnya kita menemukan sebuah pintu yang memiliki pelbagai jalan untuk kita semua.

Inilah jalan menuju masa depan kita yang sesungguhnya.Biarkanlah air mata yang mengantarkan kepergian mereka dan membentuk sebuah tulisan perpisahan terakhir antara aku, kau, dia dan mereka2 yang bergelar sahabat.

Ah, namun rasanya ini bukan sebuah cerita melainkan sebuah kisah Tentang Kita. Saat Jarak Memisahkan kita satu sama dengan yang lainnya. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dalam lindungan RahmatNya. Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

♡♥♡I N I   S E M U A   T E N T A N G   K I T A    S A H A B A T K U♥♡♥

Khamis, 12 November 2015

BAYANGAN KABOR

Waktu terus berputar, sik kutauk. Sudah habis kepingan2 kertas putih yang ku tulis dengan semua kisah kita berdua. Aku tauk kawu telah bahagia bersama ngannya, dan akupun tauk bahwa aku sik pantas lagik untuk kawu.

Aku berjalan, pergi, ngan keluar dari kehidupan kawu, agar ku sik lagik merasakan perih ngan pedih. Aku tauk bahwa aku berjalan dengan bayangan hitamku, yang setia menemaniku setiap saat.

Aku tertidur disebuah tempat, disebuah tempat yang sik ada sapapun kecuali dirik tok. Aku diam membisuk seribu bahasa, aku mulai memusinkan isik otakku dan ndiat ke masa dolok marek. Toklah tempat pertama kita berjumpa.

Aku teringat pertama kali kita berjumpa, wajah kawu yang indah nan cantik. Tangan kawu yang sangat lembut melebihi apapun. Aku dapat merasakan karena saat itu aku memegang erat tanganmu ketika kita sik sengaja bertabrakan.Lalu aku mulai berjalan untuk meninggalkan tempat itu.

Aku menelusuri jalan yang penuh debu. Aku berhenti untuk beristirehat sejenak, namun ada sesuatu yang terlintas dalam benakku. Tempat pemberhentianku kali tok adalah tempat dimana kita dulu membeli makanan.

Kinektok semuanya telah berubah. Mungkin kawupun sik ingat semua ya. Mungkin semua ya hanya masa dolok yang kelam, namun bagiku ya adalah sigek bayangan kabor dalam hidup tok yang sik dapat terlepaskan dari dirik tok.

Sekian, wassalam.

KOMEN & CADANGAN